POLIGAMI DARI MASA KE SEMASA
Ini tergantung penilaian anda tentang poligami tetapi harus di sadari apakah anda dapat adil terhadap perempuan yang anda poligamikan??semuanya tergantung anda dan bagaimana menyikapinya??
Adapun umat-umat di zaman silam, semuanya mengamalkan poligami dalam kehidupan mereka. Kitab Taurat sendiri telah mengharuskan poligami dan tidak membatasi bilangannya. Sedangkan kitab Talmud pula telah menghadkan bilangan isteri-isteri yang boleh dikahwini sekaligus, sesuai dengan kemampuan mereka untuk membiayai serta memelihara isteri-isteri mereka kelak. Tetapi perkara ini tidak dilakukan dengan taat oleh orang ramai. Bahkan mereka telah mengambil wanita-wanita sebagai simpanan, walaupun mereka tidak mampu untuk berbuat demikian ditinjau dari segi ekonomi.
Selanjutnya, orang-orang Yahudi yang tinggal di Eropah ada mengamalkan poligami sejak kurun pertengahan hingga ke hari ini. Orang-orang purba pula membenarkan seorang lelaki pada masa itu berkahwin dengan sebanyak wanita yang disukainya. Bangsa Mesir purba mengamalkan poligami sebagaimana yang berlaku di zaman Deodor Sesle, sementara pengiring-pengiring mereka pula berpoligami dengan hamba-hamba perempuan.
Ajaran Zaradisyt, yang menjadi peraturan hidup orang-orang Parsi, telah menggalakkan berpoligami dan mengambil gundik serta perempuan-perempuan simpanan dengan alasan rakyat yang berperang sentiasa memerlukan wanita-wanita muda. Sebab itulah orang Parsi tidak mempunyai undang-undang yang membataskan bilangan isteri. Mereka juga menganggap bahawa sesiapa yang berkahwin banyak, akan mendapat pahala yang banyak pula di akhirat kelak. Oleh itu, di kalangan mereka tidak ada satu peraturan perkahwinan yang dihormati oleh orang ramai. Mereka berkahwin dan juga menyimpan perempuan-perempuan sesuka hati sehingga menimbulkan satu kehidupan masyarakat yang sangat buruk akhlaknya.
Orang-orang Rom pula seperti Emperor Seila mengumpulkan lima orang perempuan sekaligus dalam hidupnya sehari-hari. Sedangkan Pompey dan Caeser masing-masing mempunyai empat orang isteri. Orang-orang Kristian ada melakukan poligami seperti Emperor Constantin dan anak-anaknya. Bahkan Emperor Valentinianus II telah mengeluarkan satu undang-undang poligami. Dia memperkenankan rakyatnya mengahwini beberapa orang wanita, jika mereka mahu. Sementara itu, para paderi dan ketua gereja Kristian pada waktu itu sedikit pun tidak membangkangnya. Hal ini terjadi pada pertengahan kurun keempat Masihi.
Raja-raja setelah Valentinianus terus mengekalkan undang-undang poligami itu sehingga ke zaman Justinianus yang cuba menghapuskan poligami tetapi tidak berhasil. Usaha ini gagal kerana Justinianus tidak dapat menahan atau mengekang rakyatnya yang cenderung untuk berpoligami. Akibatnya, timbullah pergaulan bebas tanpa batas dan meluasnya pelacuran yang tidak syak lagi telah merendahkan martabat wanita saat itu.
Poligami juga turut diamalkan oleh bangsa-bangsa lain seperti India purba, Babylon dan Asyurian. Kemudian dalam masyarakat Cina dahulu pula terdapat satu tradisi beristeri banyak yang dikenal dengan nama bergundik. Tradisi ini membolehkan seseorang suami itu menyimpan beberapa perempuan yang mereka sukai, di samping beberapa isteri yang dikahwini secara sah. Tradisi ini diamalkan kerana mereka merasa bangga andaikan mereka beranak ramai.
Selanjutnya, di kalangan para nabi-nabi pula dikatakan, Nabi Sulaiman mempunyai seratus orang isteri. Rabbaiyun (pengikut-pengikut Nabi Isa yang rapat dengannya) menghadkan poligami seramai empat orang perempuan berdalilkan kepada Nabi Allah Yaakub yang telah mengumpulkan empat orang isteri sahaja. Jadi, tidak hairanlah sistem ini telah tersebar luas di kalangan orang-orang Arab Jahiliah. Bahkan mereka melaksanakannya secara bebas terhadap sesiapa saja dan berapa banyak perempuan yang mereka sukai. Kebanyakan tujuan perkahwinan yang dilakukan sebelum kelahiran Nabi Muhammad adalah semata-mata untuk mencari kepuasan hawa nafsu. Oleh itu, lahirlah berbagai istilah nikah, yang di antaranya sebagai berikut:
Nikah al-Badal, iaitu perkahwinan tukar-menukar isteri di kalangan sesama saudara perempuan dan keluarga lainnya. Andaikan si suami ingin bertukar rasa, dia boleh mendapatkan rasa baru dari isteri orang lain atau dari salah seorang keluarganya sendiri, dengan syarat dia juga sanggup menyerahkan isterinya atau keluarganya yang lain jika ada yang menghendakinya.
Nikahul Mut'ah, iaitu sejenis cara perkahwinan yang bersifat sementara dengan cara menentukan tarikh berakhir dan bayaran. Perkahwinan jenis ini sangat digemari oleh ahli-ahli perniagaan yang tiba di kota Makkah pada waktu itu. Mereka bernikah hanya untuk memperolehi teman wanita beberapa ketika sahaja.
Nikahul Muqti, iaitu perkahwinan yang membolehkan anak lelaki sulung mempusakai isteri ayahnya setelah ayahnya meninggal dunia atau ayahnya bercerai. Sekiranya bekas ibu tirinya itu tidak begitu menarik kecantikannya atau dia memerlukan wang, maka ibu tiri itu boleh juga diperlakukan kepada orang lain dengan cara sewa, gadai dan sebagainya.
Ziwajul Akhdan, iaitu perkahwinan kongsi. Andaikan seorang gadis itu banyak yang menyukainya, maka lelaki-lelaki boleh berkongsi bersama-sama menjadikannya isteri.
Perkahwinan secara sewa atau gadai, misalnya orang miskin yang keputusan belanja boleh menyewakan atau menggadaikan anak gadisnya, isteri atau salah seorang wanita anggota keluarganya kepada si kaya berapa lama yang ditentukan mengikut perjanjian yang mereka buat bersama.
Demikianlah beberapa jenis perkahwinan di zaman jahiliah yang sedikit pun tidak menghargai wanita sebagai manusia. Mereka memperlakukannya dengan sikap yang sangat biadab.
Demikianlah tergantung anda mau di nilai bagaimana pologami dan ini hanya sejarah ringkas tentang poligami yang mungkin bisa anda petik hikmahnya apakah poligami cocok untuk anda atau tidak?
Tidak ada komentar:
Posting Komentar